Melihat kekacauan yang tercetus dalam lanskap politik Malaysia ketika ini membuktikan bahawa segala perancangan tersebut merupakan langkah tersusun yang diatur dengan cukup baik dan ampuh.
Malah beberapa analisis menunjukkan bahawa kekacauan yang ditimbulkan pihak pembangkang, diketuai Anwar Ibrahim digerakkan berdasarkan panduan daripada seorang pemikir politik terkemuka, Gene Sharp.
Malah beberapa analisis menunjukkan bahawa kekacauan yang ditimbulkan pihak pembangkang, diketuai Anwar Ibrahim digerakkan berdasarkan panduan daripada seorang pemikir politik terkemuka, Gene Sharp.
Gene Sharp, tokoh pemikir revolusi Amerika.
Gene Sharp, pengasas Albert Einstein Institution dan seorang profesor emiratus dalam kajian Sains Politik telah menulis beberapa buah buku berkaitan revolusi untuk menjatuhkan sebuah kerajaan.
Bukunya "From Dictatorship to Democracy" didakwa digunakan sebagai rujukan kepada semua pergerakan "non-violent" bertujuan menjatuhkan kerajaan sedia ada dengan mewujudkan huru-hara dan kekacauan dalam sesebuah negara.




