9 Tuntutan Himpunan Bebaskan Majlis Peguam


Himpunan Bersihkan Majlis Peguam (#BMP 231) yang telah diadakan pada 23 Januari 2013, bertujuan membersihkan hipokrasi majlis peguam (Bar Council) yang selama ini tercalar akibat daripada permainan sesetengah individu yang mempunyai kepentingan dan juga fahaman yang sempit didalam badan berkenaan.

Kelab Warisan (KERIS) merupakan sebuah oraganisasi bukan kerajaan (NGO) yang mana ia mementingkan kesejahteraan rakyat dan berusaha untuk mengekalkan warisan-warisan yang ada didalam negara kita pada masa sekarang.

Perhimpunan ini juga diadakan bertujuan untuk membela nasib rakyat yang selama ini telah ditindas dan di manupulasi oleh sesetengah individu didalam organisasi majlis peguam mengenai agama, warisan, seni, budaya, masyarakat dan sosio ekonomi yang telah sekian lama menjadi identiti masyarakat majmuk di negara kita.

Perhimpunan #BMP231 ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai penyalah gunaan kuasa ahli jawatankuasa Majlis Peguam yang telah menggunakan saluran undang-undang yang mereka ada didalam kerajaan untuk merubah dan menghapuskan identiti-identiti serta amalan-amalan daripada asas institusi keluarga bermasyarakat dan juga pentadbiran negara yang mendukong prinsip Raja Berpelembagaan.

Berikut merupakan antara tuntutan yang dituntut semasa perhimpunan tersebut

TUNTUTAN GERAKAN RAKYAT BAGI MEMBERSIHKAN HIPOKRASI MAJLIS PEGUAM.

  1. Pada hari ini, 23 hb Januari 2013, Titik mulanya kebangkitan Gerakkan Rakyat untuk memastikan Majlis Peguam sebagai pemeang amanah kepada rakyat, dibersihkan serta dibebaskan dari unsur-unsur hipokrasi politik dan campur tangan pihak ketiga. 
  2. Mutakhir ini, ketidak puasan hati rakyat semakin meningkat terhadap tindakan-tindakan Majlis Peguam yang dilihat berat sebelah, prejudis, bias, ekstrem dan bersikap hipokrit. 
  3. Majlis Peguam dilihat tidak lagi memberikan khidmat yang telus, berwibawa dan Berjiwa Rakyat. Ketiadaan intergriti di dalam kepimpinan Majlis Peguam membawa kepada kekecewaan rakyat yang sentiasa dahagakan kebenaran.
  4. Gerakkan Kebangkitan Rakyat ini dinamakan “Bersihkan Majlis Peguam 231” atau singkatannya “BMP231”. Ini adalah satu permulaan memperjuangkan hak rakyat untuk membersihkan hipokrasi Majlis Peguam selama ini.
  5. BMP231 akan terus memperjuangkan sebuah Majlis Peguam yang non-partisan berkecuali dan benar-benar bebas serta dihormati rakyat. Serta menurut segala tujuan & objektif penubuhan mengikut Akta Profesion Undang-undang 1976.
  6. BMP231 akan menubuhkan Pemerhati Majlis Peguam (PMP)/(BAR COUNCIL) untuk memantau dan mengawasi semua tindakan dan gerak geri Majlis Peguam. PMP juga akan bertindak dan berfungsi memastikan Majlis Peguam sentiasa mematuhi Akta Profesion Undang-undang 1976 (Akta 166).
  7. PMP akan memastikan kepimpinan Majlis Peguam tidak lagi dicemari dengan unsur-unsur hipokrasi dan benar-benar berkecuali seperti mana yang termaktub dalam akta profesion undang-undang 1976.
  8. Bar Council Watch akan menjelajah ke seluruh negara secara fizikal & secara maya bagi mengumpulkan aduan rakyat yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan peguam atau menjadi mangsa penipuan peguam yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada Majlis Peguam.
  9. Bar Council Watch akan mengkompilasikan aduan-aduan tersebut dan mengadakan sidang media dan pemberitahuan berkala bagi menyedarkan Majlis Peguam bahawa mereka perlu kurangkan berpolitik tetapi mereka perlu lebih menjaga intergriti dan profesionalisme ahli-ahli institusi guaman dan undang-undang.


Sumber Biswardi

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komentar yang berhemah. Komentar yang mengandungi unsur-unsur yang diklasifikasikan melanggar undang-undang dan etika akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Segala penulisan dalam blog ini merupakan pandangan peribadi Wak Canang melainkan dinyatakan sebaliknya. Segala maklumat adalah tepat semasa disiarkan dan sebarang perubahan maklumat disebabkan apa-apa faktor selepas waktu itu adalah bukan di bawah tanggungjawab Wak Canang.

Sebarang bahan penulisan yang bukan milik asli Wak Canang akan di-pautkan kembali kepada pemilik asal.

Wak Canang berhak meminda, memadam dan mengubahsuai sebarang bahan yang akan, sedang dan telah disiarkan dalam blog ini untuk tujuan ketepatan maklumat dan informasi. Sebarang maklum balas boleh di-emelkan terus kepada inigoblokpolitik [at] gmail.com