Himpunan Kebangkitan Rakyat atau Himpunan Shamsidar?

Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ini menyaksikan sekali lagi rakyat akan diperkudakan untuk mempertahankan nasib Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang kini berhadapan dengan kes saman antaranya dan Utusan Malaysia-Datuk K.S Nallakaruppan.


Dalam kes saman Anwar dan Utusan Malaysia-Nalla, isteri Timbalan Presiden PKR, Shamsidar Taharin telah dipanggil oleh mahkamah sebagai saksi pihak Nalla. Maka tidak hairanlah Himpunan Kebangkitan Rakyat dianggap begitu penting sebagai medan untuk mempengaruhi pemikiran rakyat bahawa pemimpin "Anugerah Tuhan" itu kini sedang di"zalimi" sekali lagi.


Maka pasti dalam Himpunan ini nanti bukan sahaja pelbagai tuntutan NGO-NGO pro-Pembangkang akan digendangkan, malah akan wujud tuntutan baru agar Shamsidar tidak diheret ke mahkamah untuk menjadi saksi kepada pihak Nalla.

Anwar kini sememangnya sangat khuatir seandainya Shamsidar turut terlibat dalam perbicaraan kes samannya itu memandangkan Shamsidar didakwa sebagai "kunci" kepada beberapa rahsia sulit Anwar.

 

Semestinya kesempatan yang ada dalam Perhimpunan ini akan digunakan Anwar dan "orang"-nya untuk membantu mewujudkan desakan kepada badan kehakiman negara agar Shamsidar tidak dipanggil sebagai saksi Nalla. Malah hal ini pada masa yang sama mampu mengurangkan kebarangkalian apa-apa juga rahsia Anwar bocor.

Maka tidak hairanlah andai ada media dan blogger pro-kerajaan memanggil Perhimpunan ini sebagai PERHIMPUNAN SHAMSIDAR memandangkan pembangkang pasti mahu menggunakan ruang ini untuk mempromosikan propaganda terbaru mereka - agar Shamsidar tidak diheret sama ke mahkamah dalam kes perbicaraan Anwar Ibrahim.


Sebagai rakyat sama-sama kita fikirkan; adakah Himpunan ini sebagai Himpunan Kebangkitan Rakyat atau Himpunan Shamsidar?

1 comments:

tapai petai berkata...

jadi,perhimpunan sudah berakhir semalam..
ada ke isu Shamsidar ini dibangkitkan?
atau ini kelihatannya spt serkap jarang atau andaian x berbukti??

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komentar yang berhemah. Komentar yang mengandungi unsur-unsur yang diklasifikasikan melanggar undang-undang dan etika akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Segala penulisan dalam blog ini merupakan pandangan peribadi Wak Canang melainkan dinyatakan sebaliknya. Segala maklumat adalah tepat semasa disiarkan dan sebarang perubahan maklumat disebabkan apa-apa faktor selepas waktu itu adalah bukan di bawah tanggungjawab Wak Canang.

Sebarang bahan penulisan yang bukan milik asli Wak Canang akan di-pautkan kembali kepada pemilik asal.

Wak Canang berhak meminda, memadam dan mengubahsuai sebarang bahan yang akan, sedang dan telah disiarkan dalam blog ini untuk tujuan ketepatan maklumat dan informasi. Sebarang maklum balas boleh di-emelkan terus kepada inigoblokpolitik [at] gmail.com