Fakta Tarikh Dan Perkaitan Anwar Ibrahim Dalam Insiden Lahad Datu

16 Julai 2012 Menurut sumber risikan kerajaan Filipina mendakwa Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia telah mengadakan perjumpaan dengan bekas pemimpin Moro National Liberation Front (MNLF), Nurallaj Misuari di lokasi rahsia dan dilakukan secara berasingan. Sumber tersebut juga mendakwa bahawa perjumpuaan tersebut berlaku lebih daripada satu jam.


17 Julai 2012 Anwar Ibrahim sekali lagi mengadakan pertemuan dengan Misuari, namun sumber mendakwa perjumpaan itu dilakukan dalam jangka masa yang singkat (kurang dari satu jam)

18 Julai 2012 Anwar Ibrahim mengadakan lawatan ke Sabah. Menurut sumber dalaman parti mendakwa semasa lawatan Anwar Ibrahim ke Sabah itu, Anwar telah bertindak membayar sejumlah wang kepada Lajim Ukim, Ahli Parlimen Beaufort, Sabah untuk "memaksa" pemimpin UMNO itu meninggalkan UMNO.

Lajim sebelum ini pernah "dibeli" Anwar pada tahun 1994 apabila Anwar membayar RM 3,000,000 untuk meminta Lajim meninggalkan Parti Bersatu Sabah (PBS)

12 - 13 Oktober 2012 Anwar Ibrahim berada di Lahad Datu untuk mengadakan beberapa pertemuan dengan pemimpin kanan Pakatan Pembangkang Sabah.

Dalam pada masa yang sama, sumber risikan kerajaan Malaysia mendakwa Anwar Ibrahim turut mengadakan perjumpaan dengan Ketua Kumpulan Penceroboh, Jamalul Kiram dan beberapa individu yang dikenal pasti terlibat dalam pencerobohan Lahad Datu.

18 Oktober 2012 Ketua Pembangkang Malaysia didakwa sekali lagi mengadakan pertemuan dengan Nur Misuari. Menurut sumber dalaman parti, pertemuan kali ini diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri beberapa individu kepercayaan Anwar sahaja. Malah tambah sumber tersebut lagi, pertemuan kali ini dianggap penting kerana membincangkan hal yang sangat sulit sehinggakan butiran perbicangan antara Anwar-Misuari tidak didedahkan mana-mana pihak, waima kepada sumber terdekat parti.

2 November 2012 Anwar mula mendendangkan lagu "SABAH NAK HILANG" di Kuala Krau, Pahang Lagu tersebut kemudian sering diulang dalam majlis anjuran pembangkang termasuk dalam siri jelajah Kebangkitan Rakyat.



1, 2 dan 7 Disember 2013 Anwar Ibrahim sekali lagi cuba mempengaruhi dan memomokkan minda rakyat dengan lagu "SABAH NAK HILANG" dalam ceramahnya di Batu Pahat (1 Disember), Ipoh (2 Disember), Alor Setar (7 Disember)

17 Januari 2013 Kapal Perang Amerika Syarikat, USS Guardian telah berlabuh secara salah di Laut Sulu (sila klik sini, sini, sini dan sini) 24 hari sebelum insiden pencerobohan Lahad Datu berlaku, mengakibatkan kawasan terumbu karang Tubbataha mengalami kerosakan. 


Sehingga ke hari ini, tiada sebarang penjelesan yang "jujur" daripada kerajaan Amerika tentang tindakan kapal perang itu berlabuh di kawasan Laut Sulu (penjelasan lanjut, sila klik sini), namun tindakan kapal tersebut seolah-olah mempunyai perkaitan dengan insiden pencerobohan Lahad Datu.

29 Januari 2013 Anwar Ibrahim sekali lagi menyanyikan dan meyakinkan kepada rakyat Malaysia bahawa "SABAH NAK HILANG" dalam ceramahnya di Selangor.

7 Februari 2013 Ketua Pembangkang itu telah menghantar dua orang wakilnya, Tian Chua, Timbalan Presiden PKR dan R. Sivarasa ke Manila, Filipina untuk mengadakan perjumpaan dengan "pihak-pihak" tertentu. Tian dan Sivarasa turut didakwa membawa dan menguruskan sejumlah wang dengan jumlah yang banyak. Pergerakan mereka telah dikesan dan intipan turut dilakukan pihak risikan Filipina apabila kedua-dua ahli politik itu pernah sebelum ini didakwa mencetuskan "revolusi" Timor Laste (Timur-Timur) sehingga menyebabkan negara Timor Laste meminta kemerdekaan daripada Indonesia.

Malah pada tarikh yang sama, Anwar turut mengadakan pertemuan dengan Nur Misuari. Pertemuan ini berjaya dirakamkan oleh pihak risikan Filipina.


8 Februari 2013 Beberapa ahli keluarga penceroboh mengakui menerima sejumlah wang yang banyak daripada penceroboh sebelum gerombolan tersebut mula memasuki perairan Malaysia dan mendarat di Lahad Datu, Sabah. Apabila ditanya, mereka cuma menyatakan bahawa itu merupakan sebahagian bayaran yang diterima daripada "pihak tertentu" sebagai ganjaran mereka menuntut Lahad Datu bebas daripada Malaysia.

Keluarga penceroboh turut mengakui bahawa mendengar nama "orang penting" Malaysia sebagai pihak yang telah membayar gerombolan penceroboh tersebut.

9 Februari 2013 Pendaratan pertama penceroboh Lahad Datu berlaku selepas kedatangan Tian Chua dan R.Sivarasa pada 7 Februari 2013 ke Manila dan berjumpa "pihak tertentu". Pada hari yang sama juga, Tian Chua dan R. Sivarasa dikesan telah mendarat di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

16 Februari 2013 Nurul Izzah Anwar memperlekeh Pasukan Gerak Am, Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) di Lucky Garden, Bangsar.


19 Februari 2013 Penceroboh Lahad Datu mula memasang dan menaikkan bendera "Kesultanan Sulu" Kiram di sekitar Kampung Tandou dan Kampung Tanjung Batu di Lahad Datu. Pada tarikh yang sama juga, di Kuala Lumpur, Tian Chua dan R. Sivarasa mengadakan sidang media mengenai Filipina.

28 Februari 2013 Penceroboh Lahad Datu yang ditangkap pihak berkuasa tempatan mengakui bahawa mereka telah dimaklumkan mengenai pembubaran Parlimen Malaysia pada tarikh ini. Serentak dengan itu, mereka diarahkan untuk memulakan serangan ke atas pasukan keselamatan Malaysia.

Pada hari yang sama, Anwar Ibrahim didakwa telah menyanyi lagu "SABAH DAH HILANG" dalam ceramahnya. Anwar jelas memberikan penekanan terhadap perkataan "SABAH DAH HILANG" dalam lagu tersebut.

1 Mac 2013 Inqurer.Net, The Manila Times, Reuters, Kedutaan Amerika di Manila dan Wikileaks telah merujuk "Tokoh Pemimpin Pembangkang" dengan nama "Anwar Ibrahim" sebagai individu yang terlibat dalam pencerobohan di Lahad Datu. Mereka mendakwa telah mendapatkan maklumat melalui agensi risikan Filipina. Pada tarikh yang sama, Tian Chua tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa pencerobohan Lahad Datu adalah sandiwara UMNO.


4 Mac 2013 Media Antarabangsa, ABS (Australia) dan CBN melaporkan bahawa pencerobohan Lahad Datu didalangi Tokoh Pembangkang atau merujuk kepada Anwar Ibrahim yang mengundang penceroboh tersebut untuk datang ke negara ini.

7 Mac 2013 Azlan Mohd. Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari mengeluarkan kenyataan bahawa Kes Liwat II melibatkan Ketua Pembangkang dan anaknya merupakan konspirasi terancang UMNO. Dia turut memohon maaf kepada Anwar Ibrahim dan menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat. Segala tindakan bapa Saiful itu diuruskan oleh Johari Abdul, Ahli Parlimen Sg. Petani.

Misuari dalam Facebooknya turut berkongsi "pengakuan" Azlan itu untuk disebar-sebarkan kalangan rakyat.

10 Mac 2013 Global Research, media antarabangsa lagi mendedahkan bahawa Ketua Pembangkang Malaysia sebagai dalang disebalik insiden Pencerobohan di Lahad Datu!

12 Mac 2013 Wikileaks pula mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu.

13 Mac 2013 Naib Presiden PKR, Azmin Ali telah mengakui bahawa "majikannya", Anwar Ibrahim memang ada menghubungi Misuari, namun menafikan bahawa Anwar terlibat sebagai individu yang didakwa sebagai dalang pencerobohan Lahad Datu.

15 Mac 2013 Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan sokongan kepada Harry Roque untuk mengadakan protes di hadapan Kedutaan Malaysia di Manila, Filipina.

16 Mac 2013 Setiausaha Luar Filipina mengesahkan bahawa pihak mereka mempunyai bukti kukuh penglibatan Anwar Ibrahim dalam pencerobohan Lahad Datu.


Sama-sama kita nilai dan lihat kembali, adakah semua yang berlaku ini sekadar kebetulan atau sememangnya telah dirancang pihak tertentu? Anda sudah bijak berfikir, anda boleh menilai sendiri.

4 comments:

efan dan ezan berkata...

kemas wak.... inila sebenarnya pembunuh wira2 negara kita...

Wak Canang berkata...

Harap lebih ramai yang dapat "melihat".

ani idris berkata...

harap dpt "share" dan sebarkan berita mcm ni dlm facebook

Tanpa Nama berkata...

semoga rakyat malaysia
tidak akan terpengaruh
pada manusia yang tamakn kuasa amin ya ALLAH

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komentar yang berhemah. Komentar yang mengandungi unsur-unsur yang diklasifikasikan melanggar undang-undang dan etika akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Segala penulisan dalam blog ini merupakan pandangan peribadi Wak Canang melainkan dinyatakan sebaliknya. Segala maklumat adalah tepat semasa disiarkan dan sebarang perubahan maklumat disebabkan apa-apa faktor selepas waktu itu adalah bukan di bawah tanggungjawab Wak Canang.

Sebarang bahan penulisan yang bukan milik asli Wak Canang akan di-pautkan kembali kepada pemilik asal.

Wak Canang berhak meminda, memadam dan mengubahsuai sebarang bahan yang akan, sedang dan telah disiarkan dalam blog ini untuk tujuan ketepatan maklumat dan informasi. Sebarang maklum balas boleh di-emelkan terus kepada inigoblokpolitik [at] gmail.com