Bekas pemimpin Moro National Liberation Front (MNLF), Nurallaj Misuari mengugut akan mengisytiharkan perang terhadap Malaysia seandainya Agbimuddin Kiram, adik kepada Jamalul Kiram III terbunuh dalam mana-mana serangan pasukan keselamatan negara ini (sumber).
Pengisyistiharan perang terhadap kerajaan Malaysia itu menjawab teka-teki hubungan pemimpin itu dengan gerombolan penceroboh walaupun sebelum ini beberapa penafian telah dibuat Misuari untuk menolak penglibatannya dengan gerombolan tersebut.
Namun sumber risikan kerajaan Filipina mendakwa Nurallaj Misuari sebelum ini telah berjumpa beberapa kali dengan pemimpin Pencerobohan Lahad Datu, Jamalul Kiram III sebelum insiden pencerobohan itu berlaku, menyaksikan lapan anggota keselamatan Malaysia terbunuh.

Dalam sidang media sama, Misuari sekali lagi menafikan bahawa dia adalah "penaja" kelengkapan persenjataan dan latihan gerombolan pencerobohan. Namun tidak memberikan sebarang penafian terhadap dakwaan bahawa dia merupakan antara individu yang merencakan pencerobohan di Lahad Datu itu.

0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komentar yang berhemah. Komentar yang mengandungi unsur-unsur yang diklasifikasikan melanggar undang-undang dan etika akan dipadamkan.