Isu Ketua Bahagian UMNO Khianati Melayu, Semua Pihak Diminta Bertenang

Beberapa individu telah menghubungi saya dan bertanyakan mengenai status ketua bahagian UMNO dimaksudkan dalam artikel sebelum ini kerana mahu mendapatkan maklumat lebih jelas. 

Walaupun begitu, saya masih berteka-teki mengenai pemimpin berkenaan memandangkan saya perlu memberikan ruang untuk dia berfikir dalam membuat sebarang keputusan berkaitan keperluannya untuk mempertahankan jawatan tersebut. 

Saya perlu memperjelaskan bahawa tindakan saya ini bukan didasari sebarang dendam kesumat, apatah lagi mempunyai apa-apa kepentingan terhadap sesiapa jua. Malah pendedahan yang bakal saya lakukan ini, semata-mata dengan niat untuk membersihkan UMNO Selangor daripada mana-mana individu berkepentingan, pemimpin bermasalah dan penyamun tarbus. Semua saya lakukan atas nama perjuangan mentrasformasikan UMNO seperti dilaungkan YAB Presiden Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.

Maka saya meminta semua pihak bersabar dan bertenang menantikan pendedahan saya seterusnya mengenai kepincangan kepimpinan UMNO di negeri Selangor. Semoga usaha saya yang sedikit ini mampu memacu UMNO ke arah lebih baik dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum akan datang.



NOTA KAKI
Pssst... Rupa-rupanya bukan sekadar khianat Melayu sahaja dengan memberi projek kepada tauke bermata sepet, malah siap berkomplot dengan ahli keluarganya untuk membolot pelbagai projek lagi demi memenuhkan poket dan mengenyangkan tembolok sendiri. Memang pelahap betul ketua bahagian tersebut!

2 comments:

ambo orang Kampung berkata...

Wak... pautkan blog,,, http://amboorangkampung.blogspot.com/

Wak Canang berkata...

Sudah lama dipautkan @ambo orang Kampung.

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komentar yang berhemah. Komentar yang mengandungi unsur-unsur yang diklasifikasikan melanggar undang-undang dan etika akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Segala penulisan dalam blog ini merupakan pandangan peribadi Wak Canang melainkan dinyatakan sebaliknya. Segala maklumat adalah tepat semasa disiarkan dan sebarang perubahan maklumat disebabkan apa-apa faktor selepas waktu itu adalah bukan di bawah tanggungjawab Wak Canang.

Sebarang bahan penulisan yang bukan milik asli Wak Canang akan di-pautkan kembali kepada pemilik asal.

Wak Canang berhak meminda, memadam dan mengubahsuai sebarang bahan yang akan, sedang dan telah disiarkan dalam blog ini untuk tujuan ketepatan maklumat dan informasi. Sebarang maklum balas boleh di-emelkan terus kepada inigoblokpolitik [at] gmail.com