Isu Surau Dijadikan Tokong Turut Membongar Skandal Tanah Rezab MelayuJohor

Isu Surau Dijadikan Tokong Turut Membongar Skandal Tanah Rezab MelayuJohor

Beberapa blog seperti MyNewsHub dan Dr MiM telah menyiarkan penjelasan Pemilik Tanjung Sutera Beach Resort, Syed Ahmad Syed Salim Alkaff, berkenaan kejadian sebuah surau digunakan sebagai tokong “sementara” oleh beberapa pelancong Singapura.

Penjelasan diberikan Pengurus Resort berkenaan cumalah sekadar alasan untuk meloloskan diri setelah dikritik hebat umat Islam berkenaan kejadian tersebut. Dan penjelasan itu juga bukanlah hujah konkrit untuk ‘menghalalkan’ penggunaan surau tersebut sebagai tempat aktiviti agama lain.

Malah penjelasan Syed Ahmad itu juga membuktikan bahawa dia langsung tidak mempunyai sifat sensitif berkaitan hal kesucian Islam dan lebih mementingkan keuntungan perniagaan sehingga membenarkan surau digunakan sebagai tokong untuk warga Singapura.


Persoalannya, sampai bilakah umat Islam harus tunduk terhadap desakan masyarakat bukan Islam sehingga kali ini kita sanggup ‘menyedekahkan’ pula surau kita untuk dijadikan kuil, tokong ataupun gereja?


Dan pagi ini, saya berkesempatan sekali lagi ke lokasi kejadian untuk menemubual penduduk dan pihak berkuasa tempatan berkenaan insiden itu bagi mendapatkan pandangan lebih jelas.

Hasil temubual bersama-sama penduduk tempatan mendapati bahawa kejadian seumpama ini bukan pertama kali berlaku di resort berkenaan. Sebaliknya penduduk telah menyedari bahawa wujud aktiviti bertentangan dengan syariat agama Islam sekian lama dianjurkan di sini dan mendapat pula kebenaran pihak pengurusan resort.


Lebih menyedihkan lagi, menurut penduduk setempat, turut berlaku upacara membakar kemenyan dan pemujaan dianjurkan di surau berkenaan, juga mendapat keizinan pihak pengurusan resort.
Wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Kebajikan Penduduk (JKKP) Sedili Besar pernah menemui pihak resort dan meminta melarang sebarang aktiviti yang dianggap bertentangan dengan kebiasaan penduduk setempat beragama Islam, namun permintaan tersebut tidak diendahkan. Sebaliknya penduduk kampung pula diherdik pihak pengurusan dan dituduh pula menganggu perniagaan mereka.


Pemilik Resort Warga Singapura

Saya turut difahamkan bahawa resort tersebut sebenarnya dimiliki individu warga Singapura (seperti dilaporkan beberapa akhbar arus perdana) menyebabkan kejadian seperti ini dipandang enteng oleh pemilik resort berkenaan. 


Namun menerusi dokumen yang diperolehi melalui Majlis Daerah Kota Tinggi, menunjukkan bahawa pemilik resort itu, Syed Ahmad mempunyai nombor kad pengenalan. Dan saya difahamkan bahawa dia bukan bertaraf warganegara, sebaliknya sekadar penduduk tetap (PR) Malaysia.

Saya turut menjalankan semakan di Pejabat Tanah dan Galian daerah Kota Tinggi dan mendapati bahawa tanah tersebut telah diisytiharkan sebagai Tanah Rezab Melayu. Seandainya benar bahawa tanah tersebut merupakan Tanah Rezab Melayu, maka secara jelas tanah ini tidak boleh dimiliki mana-mana pemegang Penduduk Tetap.


Timbul persoalan, bagaimana warganegara Singapura ini memiliki hak terhadap tanah terbabit?

Saya menyemak lanjut butiran dan dokumen tanah terbabit mendapati bahawa tanah terbabit didaftarkan menggunakan nama sebuah syarikat, Tanjung Sutera Sdn Bhd sebagai pemilik berdasarkan Sijil Kebenaran Menduduki Bangunan dari Majlis Daerah Kota Tinggi.

Kali ini disebabkan kejadian surau dijadikan tokong, terbongkar satu lagi isu baru. Dan isu ini melibatkan soal Tanah Rezab Melayu.


Persoalan-persoalan mula timbul; bagaimanakah tanah tersebut boleh diserahkan kepada warga Singapura untuk dimajukan dan dijadikan pula rumah peranginan di kawasan ini? Adakah wujud campur tangan pihak tertentu sehingga membolehkan tanah terbabit dibeli dan diusahakan olehwarganegara Republik tersebut?


Saya cuba untuk mendapat maklum balas dari pemilik resort berkenaan,  tetapi ternyata pemilik resort tersebut melarikan diri melalui pintu pagar lain dan meninggalkan orang ramai, media dan pihak berkuasa yang hadir ke resort berkenaan pagi tadi.

Ikuti pendedahan seterusnya mengenai kejadian ini yang akan membongkar skandal tanah Johor, dan juga didakwa berkaitan dengan isu penjualan tanah Danga Bay.

Benarkah? Nantikan!

Author Image
Zack Perez