Panas! Ungku Salleh Seleweng Wang Peruntukan Pemuda UMNO Selangor Pula?

Panas! Ungku Salleh Seleweng Wang Peruntukan Pemuda UMNO Selangor Pula?

Pendedahan terbaru ini bakal mengemparkan ramai pihak apabila sumber dalaman UMNO Selangor sendiri mendakwa bahawa Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal telah menyelewengkan sejumlah peruntukan parti demi kepentingan peribadi.


Menurut sumber tersebut, Ungku Salleh selaku Ketua Pemuda UMNO pernah memohon sejumlah peruntukan bernilai jutaan ringgit dari Bendari UMNO Selangor konon-kononnya untuk diagihkan kepada Ketua-Ketua Pemuda UMNO di peringkat bahagian bagi mengerakkan pelbagai program dan aktiviti.

Namun ternyata, peruntukan itu tidak pernah diterima para Ketua Pemuda Bahagian, sebaliknya Ungku Salleh didakwa menggunakan duit tersebut untuk kepentingan peribadi. Malah tanpa segan silu, Ungku Salleh turut mengadakan lawatan ke Jakarta bersama-sama tiga lagi orang ahli UMNO tanpa diketahui kepentingan dan matlamat.

Sumber dalaman UMNO Selangor itu turut menambah bahawa sepanjang Ungku Salleh diberi mandat sebagai Ketua Pemuda Negeri, Ungku Salleh sebenarnya telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk mengerakkan jentera Pemuda UMNO dan tidak pernah menganjurkan apa-apa program bersifat mega untuk menghidupkan sayap parti itu.


Malah dalam pilihanraya lalu, Ungku Salleh tidak turut ke setiap bahagian di seluruh negeri ini untuk membantu menghidupkan jentera pilihanraya Pemuda UMNO, sebaliknya hanya berkempen untuk bahagiannya sahaja tanpa mempedulikan nasib anak buahnya di bahagian-bahagian lain.


Ungku Salleh turut dikenali sebagai Ketua Pemuda bermasalah kerana dianggap tidak karismatik, sebaliknya hanya popular disebabkan isu-isu peribadi seperti kes perceraian perkahwinan (sila klik di sini), laporan polis terhadap blogger UMNO (sila klik di sini) dan terbaru, dakwaan penyelewengan wang peruntukan parti.

Justeru saya meminta agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menjalankan siasatan terhadap dakwaan terhadap bernama Ungku Salleh ini. Dan seandainya benar, saya memohon kepada Ungku Salleh secara terhormat untuk berundur dan meninggalkan arena politik Selangor.

Ikuti juga pandangan seorang bekas Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian terhadap Ketua Pemuda UMNO Selangor ini (link di sini) dan juga pandangan jujur seorang blogger terhadap kegagalan Ungku Salleh mendekati kelompok Pemuda UMNO (link di sini).

Author Image
Zack Perez