Ungku Salleh vs Zin Badak, Siapa Sebenarnya Penjilat Anwar?

Ungku Salleh vs Zin Badak, Siapa Sebenarnya Penjilat Anwar?

Tuduhan dilemparkan Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal terhadap Ketua Koordinatior Barisan Nasional (BN) Selangor, Dato’ Seri Ir Mohd Zin Mohamed telah menerima sejumlah wang dari Anwar Ibrahim seperti dilaporkan blog ini semalam (sila klik di sini) mula menjadi bualan beberapa pihak termasuk kepimpinan BN negeri.

Kalau benar Mohd Zin memang menerima sejumlah wang dari Anwar, Ungku Salleh harus buktikan!


Sehingga ke masa ini belum ada sebarang kenyataan akhbar dikeluarkan kedua-dua pihak untuk menjelaskan mengenai dakwaan tersebut. Namun beberapa pihak yang cuba mengubungi Ungku Salleh memaklumkan bahawa mereka gagal menembusi talian Ketua Pemuda UMNO Selangor itu untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Manakala Mohd Zin lebih senang mengambil sikap diam diri dan tidak mahu mengambil sebarang tindakan terlebih dahulu dalam menyelesaikan kemelut ini. 


Beberapa komentar turut dikesan “menyerang” di ruangan komen blog ini menimbulkan seribu pertanyaan apabila dilihat terlalu memuji Mohd Zin dan menghentam Ungku Salleh termasuk menggunakan serangan bersifat peribadi.


Apa-apa pun, dalam sebilangan komentar ditinggalkan, Wak tertarik dengan komentar ini:

Komentar Tanpa Nama ini menunjukkan dia seolah-olah memperakui bahawa kenyataan Ungku Salleh bukan dilemparkan secara sembrono dan mempunyai kewajaran untuk disokong. Malah poin-poin yang diberikan nampaknya ada kebenaran mengenai punca kekalahan UMNO di Selangor.


Apa-apa pun, kita nantikan kenyataan kedua-dua pemimpin ini untuk kita nilai dan kaji sebelum tindakan lanjut diambil oleh kepimpinan tertinggi parti terutama apabila tuduhan sebegini melibatkan nama petualang negara, Anwar Ibrahim.

diambil oleh kepimpinan tertinggi parti terutama apabila tuduhan sebegini melibatkan nama petualang negara, Anwar Ibrahim.

Wak: Tiba-tiba Wak teringat istilah yang diberikan seorang pemimpin kanan agensi kerajaan terhadap calon-calon di Selangor dalam PRU 13 lalu – ZINABLE CANDIDATE. 

Author Image
Zack Perez