Ustaz Don Bakal Berhadapan Tindakan Undang-Undang Kerana Menfitnah TV3?

Ustaz Don Bakal Berhadapan Tindakan Undang-Undang Kerana Menfitnah TV3?

Ustaz Don Bakal Berhadapan Tindakan Undang-Undang Kerana Menfitnah TV3?

Saya sebenarnya malas mahu mengulas isu ini, namun demi menegakkan kebenaran, saya terasa perlu untuk menjawab fitnah pihak tertentu yang cuba memburukkan imej TV3 dan pengacara, Ally Iskandar dengan menuduh Ally melabelkan Presiden Mesir, Dr. Morsi sebagai seorang diktator baru-baru ini, seperti digembar-gemburkan melalui laman Facebook Ustaz Don Daniyal (Original).

Fitnah itu ternyata bukan sahaja berjaya memburukkan imej Ally Iskandar dan TV3 sahaja, sebalik turut mengheret dan mencalarkan imej Ustaz Don Daniyal Don Biyajid apabila ternyata akaun Facebook tersebut merupakan akaun palsu serta mempergunakan nama dan populariti Ustaz Don untuk mempengaruhi pengguna Facebook lain.


Hakikatnya, laman FB 30 Minit Ustaz Don (akaun rasmi Ustaz Don) pernah meminta pengguna Facebook lain untuk melaporkan kepada pihak pengurusan laman sosial Facebook mengenai kewujudan laman Facebook palsu Ustaz Don Daniyal (Original) ini, bertujuan mengelakkan admin Facebook tersebut menyalahgunakan nama penceramah itu.

Malah laman Facebook 30 Minit Ustaz Don itu juga telah mendesak admin FB itu untuk menutup akaun Facebooknya atau bakal berhadapan tindakan undang-undang kerana mempergunakan nama Ustaz Don secara tidak sah.

Kenyataan laman Facebook palsu Ustaz Don Daniyal (Original) itu juga turut disebarkan kalangan blogger pro-pembangkang termasuklah blog Omak Kau (sila klik di sini) tanpa sebarang usul periksa.

Malah ternyata keadaan ini terus dimanipulasikan blogger pembangkang tersebut untuk memburuk-burukkan lagi imej TV3 dengan terus menggunakan tajuk “Jom Kita Kenali Siapa Dia Presiden Dr Mohamed Morsi Al Hafiz yang Digelar TV3 SEBAGAI DIKTATOR”.

Sebenarnya kenyataan dikeluarkan Ally Iskandar tersebut bukanlah datang dari dirinya sendiri, sedangkan Ally cuma menyatakan pandangan dilontarkan oleh sebahagian rakyat Mesir dan persepsi yang sedang berlegar kalangan rakyat negara Timur Tengah itu yang dijadikan alasan untuk mereka menjatuhkan Morsi.  (sila rujuk di sini).

Pihak tertentu tersebut (disyaki jentera maya pro-pembangkang) hanya memuatnaik video kenyataan Ally yang sudah dipotong sehingga menampakkan seolah-olah beliau menyebut diktator sahaja, dan bukannya video penuh.

Tindakan memotong bahagian Ally menyebut “ada pihak ditemubual” jelas berniat jahat untuk menimbulkan salahfaham pada kenyataan Ally Iskandar.


Nampaknya tidak habis-habis lagi fitnah disebarkan di internet demi memburuk-burukkan imej TV3 sehingga ke tahap menggunakan nama figura popular seperti Ustaz Don.

MasyaAllah.

Author Image
Zack Perez